Selamat Datang

Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah (002357175-H) atau lebih dikenali dengan RIS (Raudhah Islamic School) adalah sekolah swasta yang telah ditubuhkan pada 2 September 2014.

RIS telah dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Fauzi bin Bidin dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kami memahami ada di antara ibu bapa yang bekerja dan tidak sempat mengambil anak mereka transit untuk ke sekolah kebangsaan dan juga untuk sekolah agama.

RIS menawarkan sesi pembelajaran yang berterusan dan memudahkan para ibu bapa yang bekerja. RIS menggunakan silibus kebangsaan dan juga silibus JAIS. Antara subjek yang diguna pakai di dalam kelas adalah :

Subjek Akademik

Z

Bahasa Melayu

Z

Bahasa Inggeris

Z

Matematik

Z

Sains

Z

Pendidikan Seni

Z

Pendidikan Jasmani

Subjek JAIS

Z

Tauhid

Z

Feqah

Z

Akhlak

Z

Sirah

Z

Bahasa Arab

Z

Tajwid

Z

Imlak

Z

Khat

Z

Jawi

Z

Al Quran

Z

Hafazan

Subjek Tambahan

Z

Manners (moral,rohani,jasmani,praktikal)

Dengan permulaan pendaftaran pelajar hanya seramai 72 orang pada tahun 2014 dan kini telah mencapai bilangan pelajar seramai 158 orang pada tahun 2017.

Fokus kami adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, hafazan dan agama serta ber keperibadian tinggi. RIS telah menggunakan sistem berperingkat untuk subjek iqra’,Al Quran dan hafzan. Pelajar akan berpecah mengikut tahap dan kumpulan masing-masing bermula dari kumpulan iqra 1 sehinggalah ke juzuk 30.

Misi

“Melahirkan insan berakhlak mulia”

Visi

  • Menyediakan pendidikan islam kepada masyarakat tempatan bagi memenuhi keperluan perkembangan ilmu pendidikan islam secara formal mengikut acuan Al-quran dan As-sunnah
  • Membentuk generasi muslim rabbani dan berkeperibadian mulia
  • Mewujudkan perkembangan minda kanak-kanak kelas pertama yang cemerlang di dalam pendidikan ilmu duniawi dan ukhrawi

Moto

Tarbiyah syumul sahsiah unggul